Kemelut politik Perak: Pas tidak mahu terkhilaf

0
159
Datuk Takiyuddin Hassan

CYBERJAYA – Pas akan mengarahkan semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) parti itu di Perak untuk menghadap semula Sultan Perak selepas menerima titah menghadap.

Menurut Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan, ketidak hadiran ADUN Pas semalam ke Istana Perak disebabkan parti itu tidak mahu terkhilaf dalam membuat keputusan terutama jika ianya bersabit dengan titah baginda.

“Pas sebagai sebuah parti yang sentiasa menghormati dan menjunjung kedaulatan institusi beraja sentiasa memastikan selayaknya sebarang urusan yang berkaitan dengannya perlu ditekuni dengan penuh teliti dan beradab,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, Takiyuddin berkata, Pas akan berusaha dan berikhtiar bersama rakan parti Perikatan Nasional untuk menyelesaikan kemelut politik Perak secara berhemat dan terbaik demi masa depan agama, bangsa dan negara.

Semalam, tiga ADUN Pas yang dipanggil menghadap Sultan Perak tidak hadir sehingga menyebabkan orang ramai mempersoalkan tindakan tersebut sebagai tidak menghormati Sultan Perak.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here