Kemelut politik Perak: UMNO mahu terus bekerjasama dengan Bersatu, Pas

0
247
Datuk Seri Ahmad Maslan

CYBERJAYA – UMNO memutuskan untuk terus mempertahankan kerajaan Perikatan Nasional (PN) di Perak bersama Bersatu dan Pas.

Menurut Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Ahmad Maslan, keputusan itu dicapai
dalam Mesyuarat Khas Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO semalam.

“Mesyuarat memutuskan agar kerajaan PN Perak yang melibatkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO, Bersatu dan Pas perlu terus dipertahankan,” katanya dalam satu kenyataan.

Dalam perkembangan lain, katanya, tarikh Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Wanita, Pemuda dan Puteri diadakan pada 1, 2 dan 3 Januari tahun hadapan.

Katanya, Perhimpunan Agung Wanita, Putera dan Puteri pula akan berlangsung pada 30 Januari manakala Perhimpunan Agung UMNO pada keesokannya.

Beliau berkata, perhimpunan itu akan diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dengan jumlah kehadiran terhad dan dilakukan secara maya.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here