Kementerian Wilayah tetap tidak benarkan pekerja asing di Pasar Borong Selayang

0
264

CYBERJAYA – Kementerian Wilayah tetap dengan pendirian untuk tidak membenarkan pengambilan pekerja warga asing di Pasar Borong Selayang.

Penegasan itu dinyatakan oleh Menteri Wilayah, Tan Sri Annuar Musa di laman Twitternya  selepas terdapat pemborong yang kemukakan rayuan.

Annuar berkata, pendirian itu kekal walaupun ada pemborong mengemukakan surat rayuan untuk megambil pekerja asing sebagai pembantu.

“Jawapan saya tetap. Saya tidak benarkan warga asing berkerja di situ (Pasar Borong Selayang). Ambil warga tempatan berkerja, usah cuba buat rayuan lagi. Ini dasar,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here