Kenyataan fitnah: Ahli Parlimen Cheras daripada DAP mohon maaf pada Menteri Wilayah

0
615
Tan Kok Wai memohon maaf kepada Tan Sri Annuar Musa ketika mengadakan kunjungan mengejut hari ini

CYBERJAYA – Ahli Parlimen Cheras, Tan Kok Wai memohon maaf dan menarik balik kenyataan fitnah terhadap Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa hari ini.

Dalam satu ciapan menerusi laman Twitter miliknya, Annuar berkata, permohonan maaf itu dikemukakan sendiri oleh Kok Wai ketika di pejabatnya hari ini.

“Saya menerima kunjungan mengejut Pengerusi Kebangsaan DAP, Tan Kok Wai di pejabat saya sebentar tadi.

“Beliau menyerahkan surat pengakuan memohon maaf dan menarik balik kenyataan fitnah terhadap saya 18 November lepas,” katanya.

Baru-baru ini, Annuar menyerahkan notis guaman menuntut Kok Wai menarik balik, membuat permohonan maaf dan ganti rugi berhubung kenyataan fitnah pada 20 November lalu.

Turut disaman ialah portal Malaysiakini dan Ketua Pengarangnya, Gan Diong Keng kerana menyiarkan artikel memetik kenyataan ahli Parlimen DAP itu.

Malaysiakini menyiarkan artikel bertajuk “MP Cheras dakwa 42 plot tanah DBKL dijual sejak Annuar jadi menteri”, dengan mendakwa 42 plot DBKL terjual dalam tempoh 8 bulan terakhir Annuar berkhidmat sebagai menteri Wilayah Persekutuan.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here