Kerajaan akan meterai perjanjian dapatkan vaksin Covid-19 keluaran AstraZeneca Isnin ini

0
123
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba

PUTRAJAYA – Kerajaan akan menandatangani perjanjian bagi membeli bekalan vaksin Covid-19 keluaran firma AstraZeneca Plc. pada Isnin ini.

Menurut Reuters, perkara itu diumumkan oleh Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba hari ini.

“Apa yang penting sekarang adalah syarikat mana yang dapat memberi akses yang cepat kepada kita untuk mendapatkan vaksin yang selamat, berkesan dan berkualiti,” kata Dr. Adham seperti yang dilaporkan Reuters.

Difahamkan, perjanjian yang akan dimeterai Isnin ini adalah bagi mendapatkan bekalan vaksin yang mencukupi bagi kegunaan 20 peratus penduduk negara.

Perjanjian ini adalah sama seperti yang telah dimeterai terlebih dahulu dengan firma Pfizer/BioNTech.

Dalam perjanjian dengan Pfizer/BioNTech tersebut, Malaysia bersetuju untuk membeli sebanyak 12.8 juta dos vaksin keluaran mereka, dengan penghantaran pertama sebanyak 1 juta dos pada suku pertama 2021, diikuti 1.7 juta, 5.8 juta, dan 4.3 juta pada suku yang berikutnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here