Kes ceroboh tanah Raub: Pahang tidak serius urus kes?

0
336
Aminuddin ketika ditemui pemberita di perkarangan Mahkamah hari ini


CYBERJAYA- Kerajaan negeri Pahang seolah-olah tidak serius dalam pengurusan kes pencerobohan tanah Raub oleh pekebun haram durian musang king.

Pengerusi Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam (Pembela) Aminuddin Yahaya berkata, ia terbukti mahkamah hari ini menangguhkan lagi kes tersebut.

“Hari ini saya dan rakan-rakan hadir ke mahkamah untuk mendengar sendiri keputusan bagi kes pencerobohan tanah Raub oleh pekebun haram Durian Musang King yang sepatutnya diumumkan hari ini setelah sekian lama tertangguh. 

“Apa yang mengecewakan kita ialah kes ini ditangguh lagi ke 23 Disember kerana kononnya terdapat afidavit baru pada saat-saat akhir. 

“Ini bermakna mereka yang menceroboh ini akan masih lagi bebas dan notis pengosongan tanah yang dikeluarkan beberapa bulan lalu masih tergantung kerana kes ini tertangguh lagi di mahkamah.

“Bagi saya, perkembangan ini menggambarkan kepada kita seolah-olah kerajaan negeri Pahang tidak serius dalam kes ini di mana sepatutnya peguam-peguam yang lebih berpengalaman dan berwibawa diketengahkan oleh pihak kerajaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Aminuddin, jima penangguhan ini adalah strategi untuk melemahkan rakyat, maka itu adalah satu kesilapan kerana ini adalah gelombang rakyat. 

“Ingat, semakin ditekan semakin itulah rakyat akan bangun. Kita juga menuntut agar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meneruskan siasatan jika terdapat sebarang salah laku walau apapun keputusannya nanti kerana mana mungkin pencerobohan ini dapat dilakukan puluhan tahun tanpa ada tangan-tangan yang ‘melindungi’ penceroboh-penceroboh ini.

“Kita tunggu dan lihat apa yang terjadi 23 Disember ini pula nanti,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here