Konflik di Perak selesai: UMNO, Bersatu dan PAS setuju cadang Saarani sebagai Menteri Besar

0
106
Presiden Bersatu, Presiden PAS dan Pengerusi BN disertai Setiausaha-Setiausaha Agung masing-masing hari ini telah mengadakan perbincangan pembentukan kerajaan negeri Perak.

CYBERJAYA- UMNO, Bersatu dan PAS akhir sepakat dan bersetuju untuk mencadangkan Pengerusi UMNO Perak, Datuk Saarani Mohammad sebagai Menteri Besar Perak yang baharu.

Bagi menjernihkan keadaan membabitkan ketiga-tiga parti politik itu, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi turut memohon maaf atas “kekhilafan” yang berlaku.

Pernyataan maaf Ahmad Zahid itu dicatat dalam kenyataan bersama Barisan Nasional (BN), PPBM dan PAS yang ditandatangani oleh Setiaushaa Agung ketiga-tiga parti berkenaan.

“Presiden Bersatu, Presiden PAS dan Pengerusi BN disertai Setiausaha-Setiausaha Agung masing-masing hari ini telah mengadakan perbincangan pembentukan kerajaan negeri Perak.

“Dalam pertemuan ini, Pengerusi BN telah menyampaikan pernyataan maaf bagi pihak ADUN-ADUN BN Perak atas kekhilafan yang berlaku,” kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, ketiga-tiga parti juga telah mencapai persetujuan mengenai pelantikan jawatan-jawatan lain dalam pembentukan kerajaan negeri.

“Atas semangat permuafakatan PN, ketiga-tiga parti bersetuju mencadangkan Saarani sebagai Menteri Besar  yang baharu untuk diperkenankan oleh Sultan Perak.

“Ketiga-tiga parti juga sepakat memperkukuhkan kerjasama antara kerajaan PN Perak dan juga diperingkat nasional demi kestabilan politik dan kesejahteraan rakyat,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here