KPM kaji mansuhkan UPSR

0
215
Muslimin Yahaya

ALOR GAJAH – Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) untuk murid tahun enam berkemugkinan akan dimansuhkan pada tahun hadapan.

Timbalan Menteri Pendidikan I, Muslimin Yahaya berkata, pada masa sekarang Kementerian Pendidikan (KPM) sedang dalam peringkat akhir kajian sebelum membuat keputusan muktamad.

“Kemungkinan besar tidak akan ada lagi UPSR pada tahun hadapan dan selama-lamanya, kemungkinan besar kumpulan murid yang menduduki UPSR pada tahun lalu adalah yang terakhir.

“Kementerian sekarang pada peringkat akhir membuat kajian mengenainya dan insya-Allah akan membuat keputusan muktamad tidak lama lagi,” katanya seperti dipetik Harian Metro hari ini.

Terdahulu beliau menyampaikan anugerah pelajar cemerlang UPSR 2019 Parlimen Masjid Tanah di Kompleks Sukan Masjid Tanah, dekat sini.

Mengulas lanjut, Muslimin berkata, KPM tidak membuat kajian sama ada perlu menggantikan UPSR dengan ujian lain yang fungsinya sama dengan UPSR.

Sebaliknya, beliau berkata, pencapaian akademik murid tahun enam akan dinilai melalui pentaksiran sepanjang masa, ujian esei dan temu duga bagi membolehkan mereka ditempatkan di lima jenis sekolah khusus.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here