Krisis politik di Perak tamat, Shaarani dipersetujui sebagai calon MB baharu

0
230
Kesemua pemimpin utama Bersatu, Pas dan BN menandatangi persefahaman untuk menamatkan krisis politik di Perak

CYBERJAYA – Kemelut politik di Perak selesai
apabila ketiga-tiga parti iaitu UMNO, Bersatu dan Pas bersetuju menamakan Datuk Shaarani Mohamad sebagai calon Menteri Besar Perak.

Perkara itu diumumkan dalam satu kenyataan bersama oleh Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin; Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa dan Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan.

“Atas semangat pemuafakatan Perikatan Nasional, ketiga-tiga parti telah bersetuju untuk mencadangkan Datuk Shaarani Mohamad sebagai Menteri Besar Perak yang baharu untuk diperkenankan oleh Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak.”

“Perbincangan hari ini juga telah mencapai kata sepakat mengenai pelantikan-pelantikan lain dalam kerajaan negeri.

Kenyataan bersama oleh Pas, Bersatu dan BN berhubung kemelut politik di Perak

“Ketiga-tiga parti turut bersepakat untuk memperkukuhkan lagi kerjasama antara parti dalam Kerajaan Perikatan Nasional di Perak dan juga di peringkat nasional demi kestabilan politik dan kesejahteraan rakyat.” katanya.

Terdahulu berlangsung pertemuan antara Presiden Pas, Presiden Bersatu dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) bagi mengakhiri krisis politik di Perak.

Sementara menurut kenyataan itu, dalam pertemuan itu, Pengerusi BN turut memohon maaf bagi pihak Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak di atas kekhilafan yang berlaku sebelum ini.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here