Krismas: Larangan perhimpunan lebih 5 orang di Korea Selatan

0
69
Korea Selatan kini merekodkan kira-kira 1,000 kes Covid-19 setiap hari.

SOEUL – Korea Selatan akan mengharamkan perhimpunan melibatkan lima atau lebih individu pada musim cuti Hari Krismas bagi mengekang penularan Covid-19 di negara itu.

Perdana Menteri, Chung Sye-kyun mengumumkan sekatan terbaharu itu akan berkuat kuasa pada Khamis ini sehingga 3 Januari sebagai usaha pihak berkuasa mengawal peningkatan kes. 

Chung berkata, sekatan terbaharu itu merupakan lanjutan larangan yang sebelum ini dilaksanakan di Seoul, Wilayah Incheon dan Gyeonggi.

“Kami berhasrat untuk mematahkan kekuatan gelombang ketiga dengan langkah-langkah penjarakan sosial yang lebih ketat,” katanya, menurut agensi berita Yonhap.

Korea Selatan dilaporkan tidak akan melaksanakan penutupan secara total di negara itu bagi meminimumkan impak pada ekonomi yang sudah sedia teruk terjejas.

“Kerajaan akan mengekang jangkitan harian dengan cara lebih praktikal dan bukannya melalui tindakan yang menekan masyarakat,” kata Chung.

Chung menambah, kemudahan rekreasi ski, sukan musim sejuk dan tempat-tempat pelancongan yang popular akan ditutup selama tempoh pelaksanaan larangan itu. 

Seoul baru-baru ini menyumbang sekitar 70 peratus daripada kes kumulatif negara itu yang berjumlah kira-kira 1,000 kes setiap hari.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here