KWSP umum butiran kemudahan i-Sinar

0
272
EPF

CYBERJAYA – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini mengumumkan butiran kemudahan i-Sinar yang dibuka kepada sehingga 8 juta ahli yang layak.

Kata KWSP dalam satu kenyataan sebentar tadi, kemudahan pengeluaran ini adalah berdasarkan DUA kritieria iaitu:

Kriteria 1
a) ahli yang tiada caruman dengan KWSP sekurang-kurangnya selama 2 bulan berturut-turut semasa permohonan, atau
b) ahli yang masih bekerja tetapi telah mengalami pengurangan gaji pokok sebanyak 30 peratus dan ke atas selepas Mac 2020.

Kriteria 2
a) ahli yang masih bekerja tetapi mengalami pengurangan pendapatan keseluruhan sebanyak 30 peratus dan ke atas (termasuk pengurangan gaji dan elaun, atau pemotongan tuntutan kerja lebih masa) selepas Mac 2020.

Bagi pemohon yang menepati kriteria 1, tiada dokumen sokongan yang diperlukan kerana kelulusan secara automatik diberikan berdasarkan data dalaman KWSP.

Permohonan di bawah kriteria ini akan dibuka mulai 21 Disember ini secara atas talian di isinar.kwsp.gov.my

Bagi pemohon kriteria 2 pula, KWSP memerlukan dokumen sokongan seperti salinan slip gaji sebelum dan selepas pengurangan pendapatan, dan notis pemberhentian atau pemotongan elaun.

Bagi kritieria ini, ahli boleh mula memohon secara atas talian di isinar.kwsp.gov.my mulai 11 Januari 2021.

Sementara itu, jumlah kelayakan pengeluaran i-Sinar adalah bergantung kepada baki simpanan Akaun 1 ahli berdasarkan butiran terkini.

Sekiranya ahli yang mempunyai baki RM100,000 dan ke bawah dalam Akaun 1, mereka boleh membuat pengeluaran sehingga jumlah maksimum RM10,000.

Pembayaran akan dibuat secara berperingkat dalam tempoh maksimum enam bulan dengan bayaran pertama sehingga jumlah maksimum RM5,000.

Bagi ahli yang mempunyai baki lebih daripada RM100,000 dalam Akaun 1, mereka boleh membuat pengeluaran maksimum 10 peratus atau RM60,000 (yang mana lebih rendah) daripada Akaun 1.

Pembayaran akan dibuat secara berperingkat dalam tempoh maksimum enam bulan dengan bayaran pertama sehingga RM10,000.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here