Lebih 100 ribu!

0
94

CYBERJAYA – Jumlah keseluruhan kes Covid-19 di dalam negara kini sudah melebihi angka 100 ribu, apabila sebanyak 1,581 lagi kes baharu dilaporkan pada hari ini.

Pertambahan ini menjadikan angka keseluruhan kes yang dilaporkan di dalam negara kepada 100,318 kes.

Untuk rekod, kes pertama Covid-19 yang dilaporkan di dalam negara dicatat pada 25 Januari.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah, daripada angka kes baharu yang dilaporkan, negeri Selangor kekal melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 491 kes.

“Ini diikuti oleh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dengan 379 kes, dan Sabah sebanyak 249 kes,” kata Dr. Noor Hisham dalam satu kenyataan.

Sementara itu, bilangan kes sembuh pada hari ini adalah sebanyak 1,085 kes, menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh sepenuhnya kepada 81,099 kes.

Setakat ini, jumlah kes Covid-19 yang diklasifikasikan sebagai aktif dan mempunyai kebolehjangkitan adalah sebanyak 18,773 kes.

Dan daripada jumlah itu, sebanyak 102 kes sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU), dengan 45 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Angka kematian turut naik kepada 446 kes apabila dua laporan kematian diterima.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here