Lelaki guna Twitter jerat mangsa dihukum mati

0
180
Takahiro Shiraishi

TOKYO – Seorang lelaki dijatuhkan hukuman mati semalam kerana didapati bersalah membunuh 9 individu yang diperdaya menerusi media sosial.

Menurut portal The Independent, Takahiro Shiraishi yang diberi jolokan ‘Pembunuh Twitter’ itu didapati bersalah oleh Mahkamah Daerah Tokyo di atas tuduhan membunuh dan mengerat mangsanya pada 2017.

Menurut rekod perbicaraan, Shiraishi, 30, menyasarkan pengguna Twitter yang mempunyai masalah mental seperti kecenderungan membunuh diri, dengan membalas ciapan mereka bahawa dia boleh memenuhi impian mereka.

Mangsa yang tampil berjumpa dengan dia kemudiannya diberi dadah, dirogol dan dibunuh sebelum mayat mereka dikerat bagi disimpan di kediamannya di Zama, utara Tokyo.

Lapan daripada mangsa Shiraishi adalah wanita berumur antara 15 hingga 26 tahun, manakala mangsa lelaki tunggal merupakan teman lelaki kepada salah seorang mangsa wanita.

Shiraishi berjaya ditangkap selepas abang kepada mangsa yang ke-9 menemukan beberapa mesej meragukan pada akaun Twitter adiknya.

Sebelum dijatuhkan hukuman, pihak pembela berhujah bahawa tindakan Shiraishi hanya membantu para mangsa memenuhi impian mereka, namun Shiraishi mebuat pengakuan bahawa pembunuhan tersebut dilakukan tanpa kerelaan mangsa dan dia tidak akan membuat rayuan bagi meringankan hukuman.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here