Letupan Beirut : Barisan menteri didakwa cuai

0
124
Letupan kuat di pelabuhan Beirut yang boleh didengari dari jarak beratus kilometer.

BEIRUT – Perdana Menteri Sementara Lubnan, Hassan Diab didakwa bertindak cuai sehingga mencetuskan insiden letupan dahsyat di depot penyimpanan amonium nitrat yang mengorbankan lebih 200 orang pada Ogos lalu.

Hakim bagi siasatan kes itu, Fadi Sawan semalam menetapkan pendakwaan terhadap Hassan bersama tiga lagi iaitu bekas Menteri Kewangan Ali Hasan Khalil, bekas Menteri Kerja Raya Yusef Fenianous dan bekas Menteri Pengangkutan Ghazi Zaiter.

Sawan berkata, menteri terbabit telah didapati mengabaikan beberapa notis dan amaran bagi melupuskan amonium nitrat yang di simpan di kawasan pelabuhan berkenaan.

Siasatan terhadap tertuduh berhubung insiden itu akan dimulakan Isnin depan, lapor Agensi Anadolu.

Badan kehakiman Lubnan setakat ini sudah mengeluarkan sekurang-kurangnya 28 waran tangkap ke atas pegawai keselamatan Lubnan, pegawai pelabuhan dan kastam ekoran letupan itu.

Dalam kejadian pada 4 Ogos lalu, dua letupan berskala besar turut mencederakan lebih 6,000 orang awam manakala lebih 300,000 lagi kehilangan tempat tinggal.

Letupan yang menyebabkan ratusan ribu penduduk kehilangan tempat tinggal.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here