Lewis Hamilton disahkan positif Covid-19, terlepas aksi GP Shakir

0
149
Lewis Hamilton

CYBERJAYA – Juara dunia tujuh kali, Lewis Hamilton disahkan positif Covid-19 dan terpaksa melupakan aksi dalam Grand Prix Shakir pada hujung minggu ini.

Menurut pasukan Mercedes AMG Petronas menerusi kenyataannya di Twitter, Hamilton disahkan dijangkiti wabak penyakit itu selepas melakukan ujian saringan semalam.

Berikutan itu, katanya, pelumba itu telah diarah menjalani proses kuarantin.

“Hamilton sebelum ini telah menjalani tiga peringkat ujian saringan Covid-19 namun disahkan negatif hasil ujian tersebut.

“Bagaimanapun, pada pagi semalam ketika bangun daripada tidur, dia menunjukkan tanda-tanda gejala ringan. Pada masa sama, dia juga dimaklumkan bahawa kontak rapatnya ketika tiba dari Bahrain disahkan dijangkiti Covid-19,” katanya.

Dalam pada itu, menurut pasukan itu, Hamilton masih dalam kondisi kesihatan yang baik dan perlu sembuh sepenuhnya daripada wabak itu sebelum dibenarkan semula untuk beraksi.

Kelmarin, Hamilton sekali lagi merakam kemenangan ke-95 buat dirinya di Grand Prix Bahrain.

Bagaimanapun, kemenangannya itu dibayangi kemalangan ngeri membabitkan pelumba Haas, Romain Grosjean.

Grosjean hilang kawalan ke atas jentera yang dipandunya selepas terkena tayar kereta Alpha Tauri dipandu Daniil Kvyat.

Akibat kemalangan itu, kereta Grosjean melanggar penghadang dan pemandu 34 tahun itu sempat dikeluarkan dari keretanya yang terbakar.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here