LHDN nafi ada akaun tiktok

0
329
Satu komen daripada akaun yang didakwa daripada akaun tiktok LHDN seperti tular baru-baru ini

CYBERJAYA – Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menafikan bahawa agensi tersebut mempunyai akaun tik tok seperti yang tular dalam media sosial baru-baru ini.

Menurut LHDN, buat masa ini, agensi tersebut hanya mempunyai akaun rasmi media sosial melibatkan portal rasmi, www.hasil.gov.my; Facebook, facebook.com/LHDNM; Twitter, @LHDNMofficial; Instagram LHDN dan Youtube, LhdnTube.

“Sehubungan itu, bagi mengelakkan identiti LHDN terus disalahgunakan, satu laporan polis telah dibuat dan akan disusuli pula dengan laporan rasmi kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dalam waktu terdekat.

“LHDN turut ingin menasihatkan orang ramai agar sentiasa berwaspada dan bertanggungjawab dalam setiap penyiaran di media sosial,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Baru-baru ini dalam satu hantaran menerusi Facebook oleh sebuah portal menunjukkan seorang lelaki bergaya di hadapan sebuah kenderaan mewah dan dalam satu komen dalam hantaran sama menunjukkan satu komen daripada satu akaun yang didakwa milik LHDN.

Bagaimanapun, komen balas daripada akaun yang didakwa milik LHDN itu diragui statusnya kerana tiada pengumuman rasmi daripada agensi tersebut bahawa mereka telah menggunakan aplikasi tiktok sebagai medium untuk berkomunikasi dengan orang ramai.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here