MAIPk perkenal kaedah bayar zakat di Shopee

0
175

CYBERJAYA – Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) tampil dengan idea terkini dengan memperkenalkan platform e-dagang Shopee sebagai satu daripada medium pembayaran zakat.

Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk, Shahrul Azam Shaari berkata, kaedah pembayaran baharu itu akan bermula pada Jumaat ini sekaligus memudahkan pembayar zakat menunaikan kewajipan berzakat.

Beliau berkata, pemilihan platform e-dagang itu seiring dengan perkembangan terkini berikutan masyarakat semakin memilih transaksi bayaran dan pembelian dalam talian yang lebih mudah dan cepat.

“Pengguna boleh membayar zakat dengan memilih ‘Deals, Top-ups & Bills’ dalam aplikasi Shopee dan seterusnya mengikuti langkah mudah yang disediakan.

“Orang ramai boleh membuat pembayaran di Shopee sama ada menggunakan dompet mudah alih ShopeePay, kad debit, perbankan dalam talian. Selain itu, pembayaran secara tunai juga boleh dilakukan di kaunter 7-Eleven,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Shahrul Azam, kerjasama bersama Shoppee ini akan memberi kemudahan kepada umat Islam untuk melaksanakan ibadah zakat khususnya di Perak dan hasil kutipan zakat ini seterusnya diagihkan dan memanfaatkan golongan asnaf.

“Bagi merancakkan kempen bayaran zakat, pihak Shopee turut melaksanakan kempen zakat bermula 22 hingga 31 Disember yang menawarkan 200 syiling Shopee kepada 1,000 pembayar terawal yang dipilih setiap hari,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here