MAIWP agih RM623.66 juta sehingga 30 November lalu

0
116
Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri – FB Menteri

CYBERJAYA – Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah mengagihkan kira-kira RM623.66 juta melalui 30 skim bantuan zakat dan bantuan pelbagai medium lain bagi membantu golongan asnaf di Wilayah Persekutuan sepanjang tahun ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, jumlah itu merupakan agihan bantuan yang disalurkan MAIWP dari Januari sehingga 30 November lalu.

“Insya-Allah, agensi-agensi agama di bawah tanggungjawab saya akan terus menggiatkan usaha penyaluran bantuan ke seluruh Malaysia melalui #musaadahcovid19

“Saya akan kemukakan Kad Laporan Mac-Disember untuk penilaian rakyat berkenaan gerak kerja kami,’’ katanya selepas menyampaikan bantuan beras dan makanan asas kepada asnaf di PPR Taman Wahyu, Kuala Lumpur, hari ini.

Dr. Zulkifli berkata, MAIWP membelanjakan lebih kurang RM4.51juta untuk membekalkan beg makanan asas ini kepada 3,500 keluarga asnaf di Wilayah Persekutuan setiap bulan.

Beliau berkata, bantuan zakat kecemasan #musaadahcovid19 merupakan salah satu usaha MAIWP bagi membantu meringankan beban orang awam susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat penularan wabak Covid-19.

Bantuan diberikan kepada penjaja/peniaga kecil, pekerja dan individu yang terjejas sumber pendapatan agar dapat meneruskan kelangsungan hidup dalam tempoh ini.

“MAIWP mengambil maklum bahawa ramai terkesan ekoran penularan wabak Covid-19. Oleh itu, MAIWP menawarkan bantuan kecemasan kepada mereka yang terjejas pendapatan dan tidak menerima Bantuan Kewangan Bulanan MAIWP,’’ katanya.

Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menyerahkan bantuan kepada asnaf di PPR Taman Wahyu, Kuala Lumpur, hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here