Majlis Perbandaran Selayang robohkan tiga stor haram

0
250

CYBERJAYA – Majlis Perbandaran Selayang (MPS) merobohkan tiga buah stor haram yang beroperasi di atas tanah kerajaan negeri Selangor sejak lima tahun lalu di Taman Garing Permai di Rawang.

Operasi bersepadu yang bermula pada pukul 9.30 pagi semalam itu turut disertai oleh Pejabat Tanah Selayang selain dibantu oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi mengelak perkara tidak diingini berlaku.

Yang Dipertua MPS, Shamsul Shahril Badliza Mohd Noor berkata, operasi membabitkan satu stor menyelenggara dan membaiki jentera berat, stor barang lusuh dan sebuah syarikat yang mengendalikan kandang lembu serta reban ayam

“Ketiga-tiga premis ini dibina atas tanah kerajaan sejak lima tahun lalu dan mereka masih berdegil dan terus beroperasi meskipun pelbagai notis arahan mengosongkan premis diberi sejak lima tahun lalu.

“Malah, kedudukan ketiga-tiga premis ini turut dikesan berhampiran sungai dalam 10 meter jaraknya. Ini selari dengan apa yang diumumkan oleh Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, iaitu semua premis berhampiran sungai akan dirobohkan,” katanya.

Menurut Shamsul Shahril, pihak Pejabat Tanah Selayang dan MPS sudah mengeluarkan notis serta pemakluman supaya pemilik premis mengosongkan kawasan berkenaan termasuk yang terbaharu minggu lalu, namun tiada tindakan berpindah diambil.

“Mereka ada memohon lesen operasi sementara tetapi tiada kebenaran diberikan terhadap industri bengkel penyelenggaraan jentera berat. Ketika ini kita tidak merobohkan keseluruhan struktur stor mereka dan memberi peluang dua hari untuk mengalihkan jentera berat bernilai tinggi dan barang-barang penting yang lain,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here