[VIDEO] Malakat Mall lancar Malakat Borong untuk usahawan beli produk BMF secara borong

0
1598
Mohd Fadzil Hashim (tengah) memberi penerangan kepada orang ramai mengenai Malakat Borong yang terletak di Malakat Mall, Cyberjaya

RAUDHAH CITY – Malakat Mall Sdn Bhd (Malakat Mall) secara rasmi melancarkan platform baharu, Malakat Borong bagi membantu usahawan di seluruh negara untuk mendapatkan produk keluaran Muslim atau BMF secara borong dengan harga yang berpatutan.

Ketua Pegawai Eksekutif yang juga Pengasas Malakat Mall, Mohd Fadzil Hashim berkata, lebih 1,000 produk atau unit simpanan stok (SKU) produk BMF terdapat di Malakat Borong sekali gus dapat memudahkan usahawan kedai runcit mendapatkan barangan tersebut di bawah satu bumbung.

Apa itu Malakat Borong?

“Malakat Borong merupakan satu usaha Malakat Mall dan Malakat Grocer untuk membantu rakan-rakan usahawan khususnya mereka yang ada kedai runcit di seluruh negara.

“Untuk hari ini kita melancarkan platform ini secara online dan offline, bagaimanapun bagi offline kita tidak sediakan produk yang banyak kerana semua terletak di Distribution Centre Malakat Mall dan yang ada di Malakat Mall hanya sampel SKU.

“Bagi usahawan yang tidak berkesempatan untuk datang ke sini, mereka boleh membuat pembelian secara atas talian menerusi laman web, malakatborong.com,” katanya ketika melancarkan Malakat Borong yang terletak di Malakat Mall, Cyberjaya hari ini.

Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Malakat Mall, Adzhar Mohd Noor (kanan) memberi penerangan kepada kakitangan Malakat Borong
Sebahagian barangan yang terdapat di Malakat Borong
Coach Fadzil (dua dari kanan) mengaminkan doa yang dibaca oleh Ustaz Gunawan (kanan) ketika pelancaran Malakat Borong di Malakat Mall

Mengulas lanjut, Mohd Fadzil yang lebih dikenali sebagai Coach Fadzil berkata, sebagai permulaan pihaknya memfokuskan kepada usahawan yang berada di Lembah Klang untuk membeli secara borong.

Katanya, usahawan Muslim khususnya perlu mengambil peluang tersebut kerana Malakat Mall sendiri mengambil masa hampir setahun untuk mengumpulkan ribuan produk BMF itu di bawah satu bumbung.

“Di Malakat Borong, harga yang kita tawarkan adalah harga pengedar yang mana kita ambil margin yang sangat sedikit supaya usahawan kita boleh ambil dari kita dan kemudiannya dapat bekalkan dan jual.

“Selain itu, bagi mereka yang mahu mulakan perniagaan runcit secara kecil-kecilan di rumah masing-masing pun boleh ambil peluang ini dengan membeli secara borong di malakatbrorong.com.

“Hanya satu syarat ditetapkan iaitu nilai setiap pembelian adalah sebanyak RM1,000 ke atas dan kemudian mereka berhak mendapat kelayakan untuk membeli di malakatborong.com,” ujarnya.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here