Malakat Mall sasar lahirkan 1,000 usahawan siswa

0
241
Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Mansor Othman semasa melawat milik usahawan di Malakat Mall.

CYBERJAYA – Pusat beli belah Malakat Mall bakal menjalinkan kerjasama dengan Kementerian Pengajian Tinggi dalam melahirkan usahawan siswa yang berjaya.

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Mansor Othman berkata, beliau yakin Malakat Mall boleh menjadi platform terbaik melatih pelajar menjadi usahawan.

Katanya, program dan idea dalam bidang keusahawan oleh Pengasas Malakat Mall, Mohd. Fadzil Hashim dilihat mampu memberi tunjuk ajar kepada pelajar.

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Mansor Othman semasa melawat milik usahawan di Malakat Mall.

“Sekarang sudah ada Malakat Mall, jadi kita kena ambil peluang yang terhidang ini untuk bantu para pelajar menceburkan diri dalam bidang keusahawan.

“Sedia maklum, kita mempunyai pelajar dalam pelbagai bidang. Jadi mereka boleh gunakan kesempatan ini untuk menambah pendapatan masing-masing.

“Malakat Mall ini boleh jadi siswa mall, kedua-dua pihak main peranan. Pelajar kita boleh hantar produk mereka ke sini dan begitu juga sebaliknya,” katanya.

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Mansor Othaman merasmikan Burger Boy di Malakat Mall hari ini

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan Raudhah College Cyberjaya di Malakat Mall hari ini. Terdahulu, Mansor meluangkan masa hampir sejam melawat pelbagai kedai milik usahawan tempatan di pusat beli belah berkenaan.

Sementara itu, Mohd. Fadzil atau lebih dikenali sebagai Coach Fadzil berkata, pihaknya menyasarkan unuk melatih 1,000 usahawan siswa sehingga Mac 2021.

“Saya berharap sasaran itu dapat dicapai dan penglibatan usahawan siswa itu melibatkan pelbagai bidang dan mendapat kerjasama Universiti Awam dan juga swasta,” katanya.

Ditanya sama ada terdapat bantuan khusus untuk usahawan siswa, Mohd. Fadzil berkata, pihak kementerian sebelum ini telah memperkenal inisiatif melahirkan usahawan dengan peruntukan RM20 juta dari Tekun.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here