Malaysia meterai perjanjian 6.4 juta dos vaksin AstraZeneca

0
114
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR –  Kerajaan dijangka memperoleh sebanyak 6.4 juta dos vaksin Covid-19 melalui perjanjian yang ditandatangani dengan syarikat farmaseutikal AstraZeneca untuk kegunaan rakyat negara ini.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, jumlah itu merupakan tambahan kira-kira 10 peratus daripada jaminan bekalan sebanyak 40 peratus yang dua diperolehi melaluo dua perjanjian yang dimeterai sebelum ini bersama fasiliti COVAX dan Pfizer.

Jumlah itu katanya meliputi kegunaan untuk 30 peratus rakyat negara ini.

“Kerajaan juga dalam proses rundingan akhir dengan Sinovac, CanSino dan Gamaleya bagi mendapatkan tambahan jaminan bekalan vaksin melebihi 80 peratus jumlah populasi negara atau 26.5 juta,” katanya dalam rakaman video berhubung perkembangan terkini isu itu melalui Radio Televisyen Malaysia (RTM) dipetik Bernama hari ini.

Tan Sri Muhyiddin Yassin

Kerajaan sebelum ini menyasarkan untuk memastikan liputan vaksin kepada 70 peratus rakyat.

Perdana Menteri berkata, melalui kesemua rundingan dan perjanjian yang telah dan akan dimeterai setakat ini, kerajaan akan membelanjakan keseluruhan AS$504.4 juta (RM2.05 bilion) untuk kos perolehan vaksin Covid-19.

Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata, perjanjian dengan Sinovac, CanSino serta Gamaleya juga akan memberi nilai tambah kepada sektor sains dan teknologi tempatan yang bakal memberi pulangan kepada rakyat serta pembangunan negara.

“Ini termasuklah melakukan proses pembotolan vaksin dalam negara, penyelidikan dan pembangunan, serta perkongsian pengetahuan dan pemindahan teknologi,” katanya.

Menurut Muhyiddin, kerajaan akan terus mengadakan rundingan dengan syarikat-syarikat farmaseutikal lain bagi memastikan negara mempunyai jaminan akses bekalan vaksin mencukupi.

“Vaksin yang diperoleh ini akan dipastikan selamat dan berkesan,” tegas beliau.

Katanya, kerajaan sedar usaha mencegah pandemik Covid-19 daripada terus menular adalah penting bagi memastikan keadaan ekonomi rakyat dan negara dapat dibaik pulih pada kadar segera. 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here