Maqis rampas 13 tan kambing sejuk beku dari Australia

0
403
Gambar hiasan.

BUTTERWORTH – Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) Pulau Pinang merampas 13,651 kilogram (kg) daging kambing sejuk beku bernilai RM365,917 yang dibawa masuk dari Australia ke negara ini di Terminal Kontena Butterworth Utara (NBCT), Ahad lalu.

Pengarahnya Zarina Ramli berkata, pemeriksaan pada bekalan daging kambing itu mendapati dokumen tidak tepat, mengelirukan dan tidak mematuhi syarat-syarat permit import yang ditetapkan.

“Semua daging kambing sejuk beku yang dirampas itu adalah jenis boneless mutton leg seberat 6,020kg, boneless mutton trunk (5,630kg) dan mutton tribe (2,001kg) kerana maklumat dinyatakan dalam permit import tidak tepat serta mengelirukan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya pihak MAQIS menjalankan siasatan kes itu mengikut Seksyen 13, Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 kerana  memberikan maklumat palsu, tidak tepat atau mengelirukan dalam pengimportan keluaran pertanian adalah menjadi suatu kesalahan.

“Jika disabitkan kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis)

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here