Maqis rampas produk makanan berasaskan daging babi dari Korea

0
443
Sebahagian daripada produk makanan sedia dimakan mengandungi daging babi yang dirampas Maqis.

KLANG – Pelbagai produk makanan berasaskan daging babi yang dibawa masuk dari Korea dirampas oleh Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Negeri Selangor di Pelabuhan Klang Utara pada Ahad lalu.

Pengarah Maqis Negeri Selangor, Dr. Tarmisal Alimin berkata, rampasan bernilai RM9,403.29 itu adalah produk tanpa permit import sah Maqis.

“Kesemua barang dagangan seberat 354.96 kilogram itu dirampas untuk tindakan lanjut kerana tidak mempunyai permit import yang sah ketika kemasukan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Permit import yang sah daripada Maqis adalah suatu kesalahan mengikut Seksyen 11(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin Dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728].

“Jika sabit kesalahan, boleh dihukum mengikut Seksyen 11(3) Akta yang sama dan jika sabit kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here