Maritim Malaysia bantu logistik MyFund Action di Sabah

0
183
Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan yang terlibat dalam penghantaran bekalan makanan MYFund Action di Sabah.

KUDAT – Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan menghulurkan bantuan pengangkutan kepada MYFund Action bagi menghantar bekalan berupa pek makanan ke Pulau Mantanani di Kota Belud dan Pulau Banggi di Kudat.

Pengarah Maritim Negeri Sabah dan W.P Labuan, Laksamana Pertama Maritim, Datuk Mohd. Rosli Abdullah berkata, tiga buah bot peronda dari Zon Maritim Kudat ditugaskan bagi penghantaran 300 kotak makanan dianggarkan bernilai RM45,000 ke dua pulau tersebut.

Beliau turut memaklumkan selain bantuan aset kepada pasukan sukarelawan, Maritim Negeri Sabah turut melaksanakan program “Preventive SAR” bagi komuniti maritim di kedua buah pulau tersebut.

“Hujung tahun merupakan musim tengkujuh yang amat bahaya kepada komuniti maritim untuk melakukan aktiviti di laut.

“Mengikut statistik daripada Maritime Rescue Sub Center (MRSC) Sabah, 21 kes mencari dan menyelamat direkodkan sepanjang tahun ini akibat cuaca buruk” ujar beliau.

Mohd Rosli juga menyeru kepada komuniti maritim agar sentiasa peka kepada keadaan cuaca semasa dengan melakukan aktiviti di laut secara berkumpulan, memastikan bot yang digunakan berada dalam keadaan baik dan selamat serta tidak mengabaikan pemakaian jaket keselamatan.

“Beberapa peralatan keselamatan yang perlu dibawa semasa keluar melakukan aktiviti dilaut adalah seperti wisel, lampu suluh dan Personal Locater Beacon (PLB),” ujar beliau.

Beliau berkata, orang ramai boleh menghubungi talian MERS 999 apabila berlaku kecemasan di laut atau hubungi Pusat Operasi Maritim Negeri Sabah dan W. P Labuan yang beroperasi 24 jam setiap hari ditalian 088-387 864.

Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan yang terlibat dalam penghantaran bekalan makanan MYFund Action di Sabah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here