Menteri arah JAS siasat kilang buang sisa ke Sungai Keratong

0
296
Sungai Keratong bertukar warna kehitaman selepas didakwa terdapat kilang yang membuang sisa ke dalam sungai

CYBERJAYA – Jabatan Alam Sekitar (JAS) diarahkan untuk menyiasat dakwaan terdapat kilang yang membuang sisa ke dalam Sungai Keratong, Rompin, Pahang.

Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, tindakan tidak bertanggungjawab itu telah menyebabkan Loji Rawatan Air (LRA) Keratong dihenti tugas semalam.

“Saya telah minta Ketua Pengarah JAS menyiasat dakwaan penduduk setempat yang mendakwa terdapat kilang yang selalu membuang sisa ke dalam Sungai Keratong sehingga menyebabkan henti tugas tidak berjadual di LRA Keratong, Pahang,” katanya dalam satu hantaran menerusi laman Facebooknya hari ini.

Mesej gangguan bekalan air di daerah Rompin semalam

Semalam, tular mengenai gangguan air tidak berjadual di daerah Rompin berikutan penutupan LRA Keratong selepas berlaku pencemaran air mentah.

Dalam pada itu, turut tular beberapa keping gambar Sungai Keratong yang tercemar sehingga menyebabkan bertukar menjadi kehitaman.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here