Mesir terima bekalan vaksin Sinopharm

0
72

KAHERAH – Mesir sudah menerima bekalan vaksin Covid-19 buatan Kumpulan Farmaseutikal Kebangsaan China (Sinopharm) lewat malam tadi, kata pegawai kementerian kesihatan negara tersebut.

Menurut Reuters, bekalan tersebut dihantar dari Emiriyah Arab Bersatu, di mana vaksin tersebut sedang menjalani ujian klinikal fasa ketiga.

Jumlah vaksin yang diterima tidak didedahkan, namun pegawai yang sama mengesahkan akan ada lebih lagi penghantaran pada waktu akan datang.

Kerajaan Mesir memaklumkan, vaksin ini akan diberi secara percuma kepada rakyat, namun keutamaan diberikan kepada anggota perubatan dan individu yang menghidap sebarang penyakit serius.

Terdahulu, Kementerian Kesihatan UAE dalam laporan awal ujian menyebut, vaksin buatan Sinopharm itu mempunya keberkesanan sehingga 86 peratus.

Di China, vaksin ini telah diedarkan kepada 1 juta penerima dibawah satu program kecemasan negara.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here