Murid boleh pilih kasut hitam atau putih untuk sesi persekolahan 2021

0
260

CYBERJAYA-  Bermula tahun hadapan, semua murid dibenarkan untuk memilih sama ada mahu memakai kasut berwarna hitam atau berwarna putih.

Keputusan berkenaan dimaklumkan melalui Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI) yang ditandatangi Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr. Habibah Abdul Rahim.

Menurut SPI bilangan empat 2020 yang bertarikh 7 Disember itu, murid juga perlu memakai stoking berwarna yang sama dengan kasut yang dipakai ke sekolah.

Kementerian Pendidikan juga menetapkan, kasut adalah yang diperbuat daripada kanvas atau bahan sentetik lain mengambil kira keselesaan, keselamatan dan kesihatan.

Dengan SPI yag baharu itu, SPI bilangan 10 2018: Pelaksanaan Pemakaian Kasit dan Stoking berwarna Hitam Oleh Murid Kementerian Pendidikan bertarikh 20 November 2018 adalah terbatal.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here