Mutasi baharu Covid-19 di England

0
132
Gambar hiasan

CYBERJAYA – Satu mutasi virus Covid-19 (VUI-202012/01) baharu ditemui dan dikesan telah menjangkiti 1,108 individu di England setakat 13 Disember lalu dengan kadar jangkitan tinggi di bahagian selatan dan timur negara itu.

Agensi Kesihatan Awam England (PHE) memaklumkan, varian Covid-19 itu menyebabkan virus itu lebih mudah berjangkit antara individu.

Setiausaha Kesihatan, Matt Hancock berkata, sekurang-kurangnya 60 pihak berkuasa tempatan telah merekodkan kes jangkitan Covid disebabkan oleh varian baharu tersebut.

Beliau turut memaklumkan bahawa Pertubuhan Kesihatan Sedunia telah dimaklumkan dengan penemuan terbaru itu dan para saintis di United Kingdom sedang melakukan kajian terperinci.

Bagaimanapun, tiada data setakat ini yang dapat ‘mencadangkan’ bahawa varian baharu itu boleh menyebabkan jangkitan menjadi lebih teruk atau menjejaskan keberkesanan vaksin.

Berkata kepada anggota parlimen di Dewan Rakyat, Matt mendedahkan bahawa sejak minggu lalu, terdapat peningkatan eksponensial dalam jangkitan Covid-19 di London, Kent, Essex dan Hertfordshire.

“Kami pada saat ini telah mengenal pasti lebih dari 1,000 kes dengan varian ini terutama di Selatan England walaupun kes telah dikenal pasti di hampir 60 wilayah pihak berkuasa tempatan yang berbeza.

“Tidak dapat dipastikan sejauh mana ia disebabkan oleh varian baharu namun tidak kira apa pun penyebabnya, kita harus mengambil tindakan pantas dan tegas yang sangat penting untuk mengawal penyakit maut ini semasa vaksin dilancarkan,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here