Mutasi Covid-19: Arab Saudi gantung penerbangan antarabangsa

0
127
Gambar hiasan.

 

RIYADH – Arab Saudi menggantung kesemua penerbangan keluar dan masuk negara itu selama seminggu ekoran penemuan varian baharu virus Covid-19 yang mencetuskan kebimbangan penularan baharu wabak berkenaan.

Selain kemasukan laluan udara, Arab Saudi turut menggantung kemasukan antarabangsa melalui jalan darat yang dijangka berlarutan dalam tempoh yang sama.

Keputusan itu dibuat sebagai tindak balas terhadap munculnya virus baharu yang kuat di United Kingdom (UK) dan negara-negara Eropah yang lain.

Pihak berkuasa Arab Saudi menetapkan individu yang kembali ke negara itu dari negara-negara Eropah atau negara-negara berisiko tinggi selepas 8 Disember wajib menjalani kuarantin selama dua minggu dari tarikh ketibaan mereka.

Mereka juga mesti menjalani ujian Covid-19 dalam tempoh pengasingan diri dan mengulang ujian setiap lima hari.

Sesiapa yang kembali, merentasi negara Eropah atau negara berisiko tinggi dalam tempoh tiga bulan terakhir juga mesti menjalani ujian berkenaan.

Kemasukan barang, komoditi dan rantaian bekalan dari negara-negara di mana virus bermutasi belum muncul akan diteruskan seperti biasa.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here