Neelofa nafi sudah bernikah, terkena sihir

0
413
Neelofa dan PU Riz (kiri) melangsungkan majlis pertunangan pada awal bulan lalu

CYBERJAYA – Selebriti terkenal tanah air, Neelofa, 31, menafikan dakwaan terkena ilmu pengasih dan telah berkahwin secara rahsia dengan tunangannya, PU Riz seperti yang tular dalam media sosial semalam.

Neelofa berkata, tuduhan tersebut bukan sahaja tidak berasas malah sangat berat.

“Saya sendiri terkejut bila saya membaca dan melihat andaian-andaian ini keluar yang sememangnya tak betul, tak wajar dan tak berasaas.

“Cerita kononnya terkena buatan minyak pengasih itu adalah tidak benar sama sekali dan sejujurnya ia merupakan satu tuduhan yang amat berat.

“Alhamdulillah, seperti yang anda lihat sekarang, saya berada dalam keadaan baik, dan kesihatan yang terbaik. Saya berharap agar semua pihak dapat mendoakan kesihatan saya,” katanya menerusi
satu video yang dimuat naik dan kenyataan rasmi.

Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor, berkata, dia perlu membuat penjelasan tentang perkara tersebut kerana ia melibatkan keluarga kedua-dua belah pihak.

Mengulas lebih lanjut, Neelofa juga menyangkal dakwaan tentang pemindahan sejumlah wang kepada PU Riz dan perkahwinannya di Kelantan.

“Tuduhan kononnya saya memindahkan sejumlah wang yang agak banyak kepada Haris, saya menyangkal tuduhan tersebut dan perkara itu adalah tidak benar sama sekali.

“Begitu juga dakwaan saya telah pun melangsungkan perkahwinan dan dinikahkan oleh bapa saya sendiri di Kelantan. Andaian ini juga adalah satu tuduhan yang sangat tidak benar dan tidak berasas.

“Saya mohon kepada semua pihak untuk tidak terus menerima andaian berkenaan bulat-bulat dan mengambil masa sejenak untuk memahami ketidakwajaran tuduhan ini,” katanya.

Sementara itu mengulas hubungannya bersama PU Riz, Neelofa memohon mereka diberikan masa dan ruang untuk menyelesaikan masalah yang timbul.

“Apa yang mampu saya katakan, keluarga saya, dan keluarga Haris, kini dalam proses perbincangan untuk mencari titik penyelesaian.

“Bagi saya, adalah lebih baik jika perkara ini diuruskan oleh keluarga kedua-dua belah pihak,” ujarnya.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here