Padah miliki 260 ekor murai batu

0
256
Bakul hitam yang menyimpan 260 ekor burung Murai Batu dalam penahanan lelaki warga tempatan di Pengerang, Johor.

KOTA TINGGI – Seorang lelaki warga tempatan ditahan oleh Jabatan Perhilitan Semenanjung Malaysia (Perhilitan) selepas didapati memiliki 260 ekor burung murai batu di Pengerang di sini.

Perhilitan dalam satu kenyataan dikeluarkan semalam mengucapkan terima kasih kepada Polis Diraja Malaysia dan Polis Marin (PPM) atas kerjasama berhubung penangkapan itu.

Penangkapan lelaki yang menyimpan dan membawa spesies burung terlindung di dalam kereta jenis Honda itu dilakukan oleh dua anggota Perhilitan.

“Pemeriksaan menemui 25 buah bakul hitam mengandungi 260 ekor yang disyaki jenis murai batu. Kesemua barang kes telah diserahkan kepada Jabatan Perhilitan untuk siasatan lanjut.

“Satu laporan polis telah dibuat oleh pihak polis dan kes diserahkan kepada Jabatan Perhilitan,” menurut kenyataan itu.

Kes akan disiasatan di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 [Akta 716].

Mengikut Seksyen 60 Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716), memburu atau menyimpan hidupan liar yang dilindungi, sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjara tidak lebih 2 tahun atau kedua-duanya sekali.

Murai batu merupakan antara spesies yang digilai peminat burung eksotik dengan nilai harga dikatakan mencecah RM2,000 seekor bergantung kepada kecantikan serta kemerduan suaranya.

Perhilitan menyeru orang ramai membantu pihaknya dengan menyalurkan maklumat bagi mencecah kegiatan seumpama ini.

Bakul hitam yang menyimpan 260 ekor burung Murai Batu yang dipercayai cuba diseludup ke negara jiran.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here