Pameran Penerbangan Antarabangsa Paris dibatalkan

0
58

PARIS – Berikutan ketidak tentuan yang wujud akibat pandemik Covid-19, penganjur Pameran Penerbangan Paris membuat keputusan untuk membatalkan penganjurannya bagi edisi 2021.

Ini merupakan kali pertama dalam sejarah sejak Perang Dunia Kedua, pameran yang sepatutnya berlangsung di Le Bourget dari 21 hingga 28 Jun tahun hadapan itu dibatalkan, kata portal ChannelNewsAsia.

Para pakar sebelum ini menjangkakan pameran ini bakal menjadi pencetus dalam memberi nafas kembali industri penerbangan untuk bangkit kembali.

“Pameran ini mampu dan sepatutnya menjadi pemangkin kepada pemulihan (industri penerbangan).

(Namun) jelas pihak penganjur telah mendengar (dan menerima alasan) pempamer besar dan memutuskan bahawa (penganjuran edisi kali ini) tidak sepadan dengan risiko,” kata penganalisis veteran, Howard Wheeldon.

Secara umumnya, pameran ini berjaya menarik sehingga 300,000 pengunjung dan menelan kos sebanyak USD1 bil (RM4.04 bil) untuk dianjurkan.

Pada edisi 2019, pameran ini berjaya menarik kontrak bernilai sehingga USD140 bil (RM570 bil).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here