Pekerja resort nyaris maut dibaham biawak Komodo

0
348
Pelancong menyaksikan biawak Komodo di Pulau Rinca, Flores, Indonesia. Gambar hiasan.

PULAU RINCA, FLORES- Seorang pekerja di sebuah resort baharu di Taman Nasional Komodo, Pulau Rinca parah selepas diserang biawak gergasi yang menghuni pulau berkenaan.

Mangsa, Elias Agas, 46, diserang oleh biawak Komodo ketika sedang bekerja di resort ‘Jurassic Park’ yang sedang dalam pembinaan di pulau berstatus UNESCO berkenaan.

Menurut laporan portal nzherald.co.nz,  serangan reptilia pemangsa itu menyebabkan beberapa anggota badan mangsa koyak sebelum diselamatkan oleh pekerja hotel.

Pembinaan resort yang bakal menjadi tarikan terbaharu di pulau taman negara itu sebelum ini mencetuskan kontroversi selepas dikatakan akan menempatan kira-kira 3,000 ekor biawak komodo dalam kawasannya.

Gugusan Pulau Rinca dan Komodo merupakan satu-satunya habitat semula jadi biawak komodo di dunia.

Reptilia pemangsa kepada kuda liar, kerbau, rusa dan babi itu boleh membesar sehingga 3 meter panjang dengan berat mencecah 100 kilogram.

Pulau Rinca yang terletak di Labuan Bajo, Flores, Indonesia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here