Pekerja tapak binaan, kilang punca kes Covid-19 tinggi

0
171
Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah

CYBERJAYA – Jumlah kes baharu jangkitan Covid-19 yang berpunca dari tapak binaan dan kilang terus meningkat naik hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, angka yang tinggi itu adalah susulan perluasan pengesanan kes secara aktif dan pengesanan kontak rapat yang dijalankan di lapangan.

“Kluster Teratai sahaja pada hari ini telah melaporkan sebanyak 778 kes atau 52.9 peratus daripada keseluruhan jumlah kes harian untuk negara dan menyumbang kepada 87.3 peratus daripada kes harian yang dilaporkan di Selangor iaitu 891 kes,” katanya hari ini.

Beliau berkata, sejak 7 November lalu, sejumlah 6,603 individu telah disaring bagi Kluster Teratai.

Katanya, daripada jumlah ini, sebanyak 5,056 kes telah dikesan positif Covid-19 yang melibatkan 331 warganegara dan 4,725 kes adalah bukan warganegara.

“Sebanyak 1,501 individu dikesan negatif manakala 46 individu masih menunggu keputusan.

“Kesemua kes-kes positif ini telah diasingkan,” katanya.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here