Pemain industri daging akan dipanggil

0
317
Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri

KUALA LUMPUR – Pihak yang terlibat dalam industri pengimportan dan penyembelihan haiwan akan dipanggil kerajaan untuk memastikan mereka memahami garis panduan yang ditetapkan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, ia sekali gus bagi memastikan kepatuhan yang tinggi dan berintegriti dapat dilaksanakan dengan baik.

“Selain itu, kita akan berbincang untuk mengenal pasti kelemahan prosedur operasi standard (SOP) dan ia akan diperkuat dan diperkemas lagi, insyaAllah pada Januari akan datang,” katanya memetik laporan Bernama.

Dr. Zulkifli berkata demikian  selepas Program Penyampaian Sumbangan Barangan Makanan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) di Masjid Al-Imam Al-Tirmizi, Seri Sentosa di sini hari ini.

Beliau berkata, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) turut akan mengeluarkan satu kenyataan hari ini berkaitan isu daging import dan sembelihan dalam negara.

Isu berkenaan mendapat perhatian selepas media melaporkan taktik kartel yang menyeludup daging sejuk beku dari luar negara sebelum membungkus semula daging berkenaan dengan menggunakan logo halal dan menjualnya di pasaran seluruh Malaysia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here