PEMBELA kesal tiada tindakan diambil terhadap penternak babi cemari Sungai Bidor

0
648
Warna air di Sungai Kuala Gepai, Bidor bertukar hitam akibat pencemaran najis babi

CYBERJAYA – Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) kesal tiada sebarang tindakan segera diambil oleh pihak berkuasa terhadap isu penternakan babi sehingga menyebabkan Sungai Kuala Gepai, Bidor, Perak tercemar teruk.

Menurut Pengerusinya, Aminuddin Yahaya, masalah penternakan babi di daerah tersebut pernah dilaporkan oleh pihak media sebelum ini, namun tiada tindakan tegas diambil.

“Apabila dikaji lanjut, rupanya isu penternakan babi di Bidor ini sudah dibangkitkan pada September lalu yang lalu di mana tularnya gambar sungai menjadi kehitaman yang didakwa dicemar oleh kumbahan penternakan babi.

“Pihak Bernama juga telah melaporkan bahawa perkara ini berlaku di Sungai Kuala Gepai, Bidor,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Aminuddin berkata, isu tersebut sekali lagi dibangkitkan dan kali ini oleh Setiausaha Politik Menteri Alam Sekitar dan Air, Dr Mohd Zuhdi Marsuki yang mempersoalkan mengapa mengapa penternak babi terus kebal daripada undang-undang selepas menerima aduan daripada penduduk setempat.

“Saya tidak pasti apakah ini sungai yang sama yang diperkatakan oleh beliau dengan laporan berita sebelum ini.

“Jika ianya sungai yang sama, maka kita perlu persoalkan apa tindakan pihak berkuasa kerana sudah berbulan-bulan perkara ini tidak selesai. Jika ianya bukan sungai yang sama, maka kita boleh persoalkan apakah memang penternak-penternak babi di Perak melepaskan kumbahan di sungai-sungai,” soalnya.

Laporan media mengenai pencemaran najis babi sebelum ini

Aminuddin berkata, isu pencemaran sungai tidak akan selesai selagi ‘tauke-tauke’ sama ada kilang atau penternakan dilindungi.

“Sama juga dengan kegiatan-kegiatan haram lain yang kebal. Apakah kekebalan ini berpunca dari rasuah dan salahguna kuasa?

“Saya yakin terlalu banyak kegiatan sebegini yang berlaku di negara kita. Cumanya apakah ianya dilaporkan oleh media atau tidak sahaja.

“Dan semua ini boleh dipengaruhi jika masyarakat setempat bangkit menyuarakannya. Kami berbesar hati untuk membantu mengangkat suara anda,” tegasnya.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here