Pemberi maklumat rasuah dan salah laku dilindungi Akta 711

0
104
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Takiyuddin Hassan


CYBERJAYA- Mana-mana individu yang memberikan maklumat tentang rasuah dan sebarang salah laku di sektor kerajaan dan seasta akan dilindungi dibawah Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 (Akta 711).

Perlindungan yang diberikan kepada pemberi maklumat adalah melalui agensi penguatkuasaan yang digariskan dalam akta itu seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Takiyuddin Hassan berkata, objektif Akta 711 digubal adalah untuk memerangi rasuah dan salah laku lain dalam sektor awam serta swasta dengan menggalakkan orang awam mendedahkan perbuatan rasuah, selain kelakuan tidak wajar. 

“Akta ini juga memberi perlindungan maklumat sulit, kekebalan daripada tindakan sivil dan jenayah serta perlindungan daripada tindakan memudaratkan. Ia memberi kuasa kepada agensi penguatkuasaan menjalankan penyiasatan terhadap kelakuan tidak wajar dan tindakan memudaratkan,” katanya.

Beliau berkata demikian menjawab soalan R. Sivarasa (PH-Sungai Buloh) dalam sesi Waktu Pertanyaan Menteri (MQT) di Dewan Rakyat, hari ini.

Sivarasa bertanya dasar kerajaan untuk menubuhkan sistem dan prosedur untuk memberi perlindungan kepada pemberi maklumat dalam perkhidmatan awam dan semua agensi.

Menurut Takiyuddin, pemberi maklumat yang bertindak dengan niat baik akan dilindungi dari segi identiti, alamat dan pekerjaan mereka selain perlindungan daripada sebarang tindakan sivil dan jenayah serta tindakan yang memudaratkan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here