Pengambilan vaksin Covid-19 dihukum harus

0
114

PUTRAJAYA – Hukum penggunaan vaksin Covid-19 adalah harus, dan ia wajib diambil oleh golongan yang ditetapkan kerajaan.

Ketetapan tersebut dibuat oleh Mesyuarat Khas Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam yang bersidang pada 3 Disember lepas, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri, hari ini.

Zulkifli berkata, penggunaan vaksin bagi melindungi manusia daripada dijangkiti penyakit berbahaya bukanlah perkara asing dalam perspektif syarak.

“Sehubungan dengan itu, saya menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia, terutamanya umat Islam agar patuh dan memberi kepercayaan penuh kepada kerajaan dalam menangani penularan pandemik COVID-19 menerusi penggunaan vaksin,” kata beliau dalam satu kenyataan, hari ini.

Zulkifli menambah, di peringkat antarabangsa, institusi-institusi fatwa dunia turut membuat ketetapan yang sama mengenai hukum pengambilan vaksin, antaranya institusi terkemuka al-Azhar al-Sharif; Majlis Fatwa Kerajaan Emiriah Arab Bersatu; dan Majma’ Fuqaha’ al-Shari’ah Amerika Syarikat.

Justeru, dalam isu pengambilan vaksin Covid-19, ia adalah ketetapan yang ditetapkan oleh kerajaan, kata beliau lagi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here