Pengasas Artotoise meninggal dunia

0
528
Allahyarham Iksan menghembuskan nafas terakhir awal pagi tadi

CYBERJAYA – Pengasas ilustrasi digital Artotoise, Mohamad Ikhsan Kamarudin meninggal dunia awal pagi tadi selepas bertarung dengan penyakit kanser dan hepatitis B yang dihadapinya sejak beberapa bulan lalu.

Dalam satu hantaran menerusi laman Facebook Artotoise memaklumkan Allahyarham yang lebih dikenali sebagai Ikhsan Ise menghembuskan nafas yang terakhir pada pukul 1.37 pagi tadi

“Pihak Artortoise ingin memohon ampun dan maaf kepada sesiapa yang mengenali beliau sekiranya Allahyarham ada terbuat salah silap atau ada karya-karya beliau yang menyinggung sesiapa sama ada secara sengaja dan tidak sengaja.

“Kami juga memohon doa dari semua supaya dipermudahkan urusan perjalanan Allahyarham ke alam sana,” katanya.

Antara karya yang dihasilkan Allahyarham

Difahamkan, jenazah akan dikebumikan di Bandar Seri Putra, Kajang pagi ini.

Pada 15 Oktober lalu, Allahyarham dalam satu hantaran menerusi laman Instagramnya, menunjukkan sekeping gambarnya dari arah belakang untuk menjalani rawatan radioterapi untuk kali pertama.

Allahyarham sebelum ini menjalani rawatan di Institut Kanser Negara (IKN) kemudiannya dipindahkan ke Hospital Selayang selepas dikesan menghidapi penyakit hepatitis B.

Namun begitu, sejak awal bulan lalu, tahap kesihatan Allahyarham terus merosot.

Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri mengucapkan takziah di atas pemergian kartunis itu.

“Setiap kali terpandang beg cenderahati pejabat saya, pasti teringat Artortoise. Lukisan itu hadiah beliau kepada saya. Moga diganjari syurga atas segala sumbangannya kepada negara melalui mata pena.

Beg cenderahati yang dihadiahkan oleh Allahyarham kepada Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri

“Sama-sama kita sedekahkan bacaan Surah al-Fatihah,” katanya menerusi satu hantaran dalam laman Facebook miliknya.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here