Penghantaran vaksin Sinovac ke Turki tertangguh akibat penularan Covid-19

0
76
FAHRETTIN KOCA

ANKARA – Penghantaran vaksin Covid-19 keluaran Sinovac ke Turki terpaksa ditangguhkan ‘antara satu ke dua hari’ akibat penularan pandemik itu di pusat kastam di Beijing.

Menurut Reuters, perkara tersebut dimaklumkan oleh Menteri Kesihatan Turki, Fahrettin Koca dalam satu ciapan di akaun Twitter milik beliau, semalam.

“Semua urusan di dalam pusat tersebut dihentikan sementara akibat penularan itu.

“Oleh kerana itu, vaksin yang telah kita tempah akan tiba lewat antara satu ke dua hari,” kata Koca.

Turki bersetuju untuk mendapatkan sebanyak 50 juta dos vaksin keluaran firma China tersebut, dengan penghantaran pertama sebanyak 3 juta dos yang sepatutnya tiba hari ini.

Kerajaan Erdogan telah turut memesan vaksin keluaran Pfizer/BioNTech sebanyak 4.5 juta dos, dengan pilihan untuk mendapatkan 30 juta dos kemudian.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here