Penunggang basikal maut kemalangan dengan lori

0
362
Mangsa disahkan maut di tempat kejadian oleh pasukan perubatan

PUTRAJAYA – Seorang penunggang basikal wanita maut dalam kejadian kemalangan melibatkan sebuah lori di Jambatan Putrajaya di sini hari ini.

Dalam kejadian pukul 9.40 pagi itu, mangsa yang berusia 34 tahun dari Subang Jaya, Selangor meninggal dunia di lokasi kemalangan.

Menurut seorang saksi, Mohd. Shukri @ Budiman Hassan, 43, dia menyedari kejadian tersebut sewaktu melalui jambatan itu untuk ke Presint 10 serta pulang ke rumahnya di Presint 11.

“Saya baru habis beriadah serta menggunakan laluan di Presint 10 untuk pulang ke rumah dan ketika itu, saya sedang memandu di belakang sebuah lori.

“Kemudian, saya ternampak lori tersebut seolah-olah seperti terbabas dan saya memperlahankan pemanduan. Tiba-tiba saya ternampak sesuatu objek terjatuh di atas jalan,” katanya seperti dipetik Kosmo! di sini hari ini.

Keadaan basikal mangsa yang remuk dalam kemalangaan tersebut

Beberapa keping gambar kemalangan tersebut tular dalam media sosial hari ini dengan mayat dan basikal mangsa tercampak di bahu jalan.

Dalam pada itu, Mohd Shukri berkata, dia tidak nampak lori tersebut berlanggar dengan mangsa dan hanya menyedari selepas terlihat wanita itu terbaring.

“Saya nampak lori tetapi tidak nampak kejadian ia berlanggar. Saya ingatkan lori itu terbabas rupanya terdapat mangsa kemalangan penunggang basikal,” katanya.

Ditanya mengenai keadaan mangsa, saksi tersebut berkata, mangsa dilihat mengalami luka selain terdapat sedikit kesan tayar manakala topi keledar yang dipakai turut pecah.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Putrajaya, Superintendan Vijaya Rao Samachulu ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan pemandu lori serta lori tersebut ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here