Perjalanan rentas negeri, daerah seluruh negara dibenarkan bermula Isnin ini

0
352
Gambar hiasan

CYBERJAYA – Berkuat kuasa Isnin ini, kerajaan bersetuju untuk membenarkan perjalanan rentas daerah dan negeri di seluruh negara kecuali bagi kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD).

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pada masa sama kerajaan juga bersetuju semua kenderaan dibenarkan membawa penumpang mengikut jumlah kapasiti tempat duduk kenderaan masing-masing.

“Walaubagaimanapun, saya amat berharap agar setiap dari kita menjaga keselamatan diri masing-masing dan mengambil langkah-langkah pencegahan.

“Vaksin terbaik masa kini bagi menangani Covid-19 ini adalah diri kita sendiri dengan mengikut norma baharu kehidupan,” katanya dalam sidang akhbar hari ini.

Menurut Ismail Sabri, tanpa perubahan sikap masyarakat dan pematuhan prosedur operasi standard (SOP), perjuangan untuk melawan Covid-19 akan tidak berjaya.

Sementara itu, mengulas mengenai kebenaran pembukaan tempat pelancongan, katanya, pihaknya akan berbincang dengan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan untuk menyenaraikan lokasi yang dibenarkan dilawati. -MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here