Pharmaniaga sudah bersedia

0
190
ZULKARNAIN

CYBERJAYA – Pharmaniaga Bhd. sudah bersedia untuk menjalankan usaha pengedaran vaksin Covid-19 di dalam negara apabila bekalan tersebut mula tiba pada tahun hadapan.

Menurut Pengarah Urusan Kumpulan Pharmaniaga, Datuk Zulkarnain Md. Eusope, pihaknya akan memastikan pengedaran tersebut dapat dilakukan dengan efisien, sebaik mendapat arahan kerajaan.

“Bagi memenuhi sasaran ini, kami telah menubuhkan satu pasukan yang merangkumi hampir 400 petugas mahir dalam bidang logistik dan pengedaran,” kata Zulkarnain dalam satu bebenang ciapan BernamaRadio sebentar tadi.

Tambah Zulkarnain, pasukan tersebut bertanggung jawab dalam melancarkan pengedaran vaksin itu di lima gudangnya di Selangor, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak.

Vaksin Covid-19 bagi kegunaan negara dijangka tiba pada Februari depan.

Untuk rekod, kerajaan telah bersetuju mendapatkan vaksin keluaran Pfizer/BioNTech, AstraZeneca, dan menerusi program COVAX tajaan Pertubuhan Kesihatan Antarabangsa (WHO) yang mencukupi bagi 40 peratus penduduk negara.

Kerajaan juga pada waktu ini sedang berunding dengan tiga lagi pengeluar vaksin iaitu Sinovac dan CanSino daripada China, dan Gamaleya dari Rusia bagi mendapatkan dos mencukupi untuk 40 peratus lagi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here