PKPB di Selangor, Kuala Lumpur dan Sabah dilanjutkan

0
225
Gambar hiasan

CYBERJAYA – Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Selangor, Sabah dan Kuala Lumpur dilanjutkan 14 hari lagi sehingga 20 Disember ini berikutan terdapat pertambahan kes positif Covid-19.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, walaubagaimanapun tiga daerah di Selangor iaitu Sabak Bernam, Kuala Selangor dan Hulu Selangor ditamatkan PKPB dan kembali pada Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Dalam pada itu, katanya, tempoh PKPB di Putrajaya, Pulau Pinang, Perak, Labuan, Negeri Sembilan dan Kelantan juga ditamatkan.

Bagaimanapun, katanya, beberapa kawasan akan dilanjutkan PKPB iaitu di Kinta; Mukim Teja di daerah Kampar dan Changkat Jong manakala di Pulau Pinang PKPB dilanjutkan di Mukim 12 daerah Barat Daya dan Mukim 13 daerah Timur Laut.

Katanya, di Kelantan daerah yang dilanjutkan PKPB ialah Kota Bharu, Pasir Mas, Machang dan Tanah Merah manakala di Negeri Sembilan PKPB dilanjutkan di Seremban dan Port Dickson.-MT

Berita lanjut akan menyusul

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here