PKPD di seluruh Selangor tidak benar

0
172

SHAH ALAM – Polis Selangor menafikan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di seluruh Selangor sejak semalam seperti tular di media sosial.

Ketua Polis Selangor, Datuk Noor Azam Jamaludin berkata, berita yang dikongsi orang ramai melalui media sosial itu adalah tidak benar kerana tiada keputusan mengenainya dilakukan.

Sehubungan itu beliau menyeru orang ramai supaya bertenang dan tidak mudah mempercayai serta terpengaruh dengan berita yang disebar sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab.

“Polis Kontinjen Selangor telah mengesan berita palsu yang ditularkan melalui media sosial, berita yang berlatarbelakang siaran berita televisyen tempatan itu tertulis “PKPD di Selangor serta-merta, mulai 12 Dis 2020 dan semua pintu masuk dan keluar Selangor,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Sehubungan itu, Noor Azam menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang perkongsian atau menyebarkan berita dari sumber yang tidak sahih.

“Perbuatan penyebaran berkenaan boleh menyebabkan kegusaran dalam kalangan masyarakat dan mengugat ketenteraman awam,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here