PM ziarah ibu Najib di hospital

0
228
Datuk Seri Najib Tun Razak mengiringi Tan Sri Muhyiddin Yassin menziarahi Tun Rahan di Hospital Prince Court hari ini

CYBERJAYA – Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini meluangkan masa menziarahi ibu kepada Datuk Seri Najib Tun Razak, Tun Rahah Mohamed Noah yang sedang mendapatkan rawatan di Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur.

Dalam satu hantaran menerusi laman Facebook rasminya, Perdana Menteri turut mendoakan supaya balu kepada bekas Perdana Menteri, Tun Abdul Razak Hussein diberikan kesembuhan.

“Petang tadi saya meluangkan masa menziarahi Tun Rahah di Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur.

“Sama-samalah kita berdoa ke hadrat Allah SWT agar Tun Rahah yang merupakan balu Perdana Menteri kedua dan juga bonda Datuk Seri Najib Razak (bekas Perdana Menteri) diberi kesembuhan dan dipermudahkan urusan rawatan. Amin,” katanya.

Sementara itu, dalam sekeping foto yang dimuat naik dalam laman Facebook itu menunjukkan Najib mengiringi Muhyiddin menziarahi ibunya di hospital tersebut.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here