PN tubuh Majlis Presiden

0
103
Datuk Seri Hamzah Zainudin

CYBERJAYA – Semua parti dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN) bersetuju sebulat suara untuk menubuhkan satu Majlis Presiden yang akan dianggotai oleh ketua-ketua parti masing-masing sebagai platform untuk membincangkan dasar kerajaan dan mengukuhkan kerjasama antara parti-parti dalam kerajaan.

Menurut Sekretariat Setiausaha Agung
Parti-Parti Dalam Kerajaan PN, Datuk Seri Hamzah Zainudin, bagi menyelaraskan Majlis Presiden tersebut, satu sekretariat yang dianggotai oleh semua Setiausaha Agung parti-parti dalam kerajaan PN juga ditubuhkan.

“Pada mesyuarat itu juga, parti-parti dalam Kerajaan PN turut membincangkan pembentukan sebuah kerjasama politik yang kukuh bagi mewujudkan kestabilan politik demi kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara,” katanya hari ini.

Terdahulu, Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin mempengerusikan satu mesyuarat antara ketua-ketua parti dalam kerajaan PN hari ini.

Antara ketua parti yang hadir pada mesyuarat tersebut adalah Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi (Presiden UMNO), Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang (Presiden PAS), Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong (Presiden MCA), Datuk Seri Dr. Sim Kui Hian (Presiden SUPP) dan Datuk Seri Dr. Maximus Johnity Ongkili (Presiden PBB).

Turut hadir mewakili ketua-ketua parti yang lain adalah Datuk Amar Haji Awang Tengah (Timbalan Presiden PBB), Datuk Joseph Salang Gandum (Timbalan Presiden PRS), Arthur Joseph Kurup (Timbalan Presiden PBRS), Edward Dagul (Timbalan Presiden SAPP), Datuk Paul Igai (Naib Presiden PDP), Datuk Asojan Muniyandy (Setiausaha Agung MIC) dan Datuk Guan Dee Koh Hoi (Setiausaha Agung STAR).-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here