Premis haram dibina berhampiran Sungai Langat diserbu SPAN, Air Selangor

0
642
Sebuah premis tidak terurus dibina betul-betul di sebelah Sungai Langat

CYBERJAYA – Mengejutkan. Sebuah premis yang tidak terurus dan kotor bukan sahaja didirikan secara haram malah terdapat strukturnya yang berada dalam sungai dikesan melakukan pencemaran air sungai.

Perkara itu didedahkan oleh Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man menerusi satu hantaran dalam laman Facebook miliknya selepas menerima aduan daripada orang awam.

“Hasil aduan orang ramai, pagi tadi Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dan Air Selangor telah membuat siasatan sekitar Jalan Kenangan 6, Hulu Langat.

“Terdapat aktiviti yang disyaki boleh menyebabkan pencemaran Sungai Langat daripada bangunan kediaman yang tidak terurus,” katanya hari ini.

Tuan Ibrahim berkata, perbuatan tersebut sangat tidak bertanggungjawab memandangkan air daripada sungai tersebut merupakan sumber utama air Loji Rawatan Air (LRA) langat.

Sehubungan itu, katanya, beliau juga telah membuat laporan kepada Majlis Perbandaran Kajang untuk diambil tindakan.

Keadaan premis haram tersebut yang tidak terurus dan kotor

Sementara itu, dalam beberapa keping gambar yang disiarkan menunjukkan terdapat sampah dan sisa buangan daripada premis tersebut dibiarkan bersepah dan ada yang telah memasuki ke dalam sungai.

Selain itu, struktur binaan premis itu juga dilihat dibina betul-betul di atas tanah rizab sungai.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here