Premis hiburan degil diserbu, diarahkan tutup operasi

0
136
Notis tutup operasi yang dikeluarkan DBKL terhadap premis hiburan semalam

KUALA LUMPUR – Sebanyak empat premis pusat hiburan di sini diserbu kerana beroperasi meskipun tidak dibenarkan berbuat demikian sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) berkuat kuasa.

Dalam serbuan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di dua lokasi itu kesemua premis hiburan itu diarahkan menutup operasi.

“Selain itu, tiga notis pemberitahuan kertas siasatan (IP) dan tiga tindakan notis tutup premis di bawah Seksyen 17 Akta Hiburan (WPKL) 1992 dan 1 tindakan notis tutup premis di bawah Seksyen 18(1) Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit 1988 diambil,” katanya DBKL dalam satu kenyataan hari ini.

Kesemua premis hiburan itu diarahkan menutup operasi serta merta

Menurut DBKL lagi, tindakan sita juga diambil ke atas 10 unit pelbagai peralatan hiburan termasuk komputer riba, monitor, mixer, microphone dan lighting controller.

“Tindakan penguatkuasaan ini dilakukan di bawah Akta Hiburan (WPKL) 1992 dan Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit 1988 serta mengikut bidang kuasa dan prosedur operasi standard (SOP) DBKL.

“Operasi seumpama ini akan diteruskan dari masa ke semasa,” ujarnya.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here